Wednesday, February 21, 2007

AGLOCO - Malay

Dapatkan Wang Tunai Dengan Melayari Internet


Agloco telah tiba di Malaysia!

Peluang yang kita nanti-nantikan selama ini akhirnya telah tiba dan bakal memberikan impak yang sangat besar kepada resolusi perniagaan internet.
Yang pastinya inilah satu-satunya peluang yang sangat mudah, pendaftaran percuma dan tanpa melibatkan sebarang modal. Kita hanya perlu mempromosikannya kepada kawan-kawan, melayari internet dan seterusnya mengira keuntungan kita setiap bulan.Walaupun Agloco masih belum dilancarkan sepenuhnya (masih dalam versi Beta), rebutlah peluang ini untuk menjadi golongan yang terawal di Malaysia mempromosikannya agar rangkaian anda mampu berkembang dengan cepat, besar dan kukuh.
Ingat bahawa Agloco baru sahaja dilancarkan dalam bulan November 2006 oleh sekumpulan pakar dari Stanford University. Kumpulan ini pernah bertanggungjawab mencipta AllAdvantage.com pada tahun 1999, satu program yang telah berjaya menjana keuntungan berlipat ganda kepada pengguna internet yang berdaftar pada ketika itu.Tunggu apa lagi?
Keputusan kini di tangan anda. Anda sendirilah yang berhak menentukan sama ada mahu mendaftar atau sekadar menjadi pemerhati menantikan kejayaan yang bakal dikecapi oleh mereka yang mendaftar sebelum anda. Lagipun... pendaftaran adalah percuma! Fikirkanlah masa depan anda.


Apa itu Agloco?

Sekiranya anda masih ingat pada tahun 1999, terdapat sebuah program yang dipanggil "Get paid to surf" yang dikenali sebagai AllAdvantage.com. Prinsipnya dengan memaparkan toolbar AllAdvantage semasa anda melayari internet, anda mendapat bayaran. Mudah bukan?Dan apabila anda memperkenalkan program tersebut kepada pengguna yang lain, mereka melayari internet manakala anda pula dibayar. Ianya sangat berkesan, kecuali kesilapan pihak pengurusan syarikat tersebut telah memusnahkan peluang pada masa itu.Tunggu... jangan salah faham! Ramai yang telah mengaut keuntungan melalui program AllAdvantage pada masa itu. Sejak dari itu, kita asyik menunggu kemunculan peluang seumpamanya. Akhirnya ia telah tiba! Agloco...Agloco menjanjikan bayaran untuk anda apabila anda melakukan perkara biasa iaitu menggunakan browser anda untuk melayari internet. Dan... jika anda memperkenalkannya kepada kawan-kawan yang lain, anda dan kawan anda akan dibayar.Caranya mudah... dan pendaftaran adalah percuma!Anda boleh mendaftar di sini.


Apa yang berlaku apabila anda mendaftar dengan Agloco adalah seperti berikut:Anda akan install sebuah program dalam komputer anda di mana satu Viewbar kecil di bawah browser window anda akan terpampang. Viewbar tersebut akan memaparkan iklan-iklan yang berkaitan dengan laman-laman web yang anda lawati.
Contohnya apabila anda melawat sebuah laman web mengenai memancing, anda akan dapati iklan berkaitan memancing akan dipaparkan melalui Viewbar tersebut.Anda tidak perlu klik pada iklan tersebut, anda juga tidak perlu meneliti Viewbar tersebut. Anda hanya perlu membiarkannya melakukan kerjanya mempromosi iklan-iklan yang berkenaan. Yang menggembirakan, anda akan dibayar untuk setiap jam ia dipaparkan.
Selain itu, anda juga akan dibayar untuk setiap jam kawan anda memaparkan Viewbar tersebut dalam komputernya. Keuntungan anda boleh mencapai sehingga tahap ke-5, iaitu anda mendaftar kawan A, A daftar B, B daftar C, C daftar D, D daftar E. Dan setiap peringkat anda akan dibayar.Peluang ini sememangnya akan menguntungkan anda bukan? Daftar sekarang dan rancanglah pembangunan rangkaian anda kerana lagi awal anda mendaftar, lagi besar peluang anda untuk mendaftarkan kawan-kawan yang lain, sebelum mereka mendaftar di bawah orang lain. Sememangnya rangkaian Agloco yang masih segar ini akan berkembang pantas dalam sekelip mata sahaja di seluruh dunia.Dalam blog ini, anda berpeluang untuk mengetahui secara terperinci mengenai konsep Agloco, mempelajari cara-cara mempromosi Agloco, di samping berpeluang mengira kadar keuntungan yang bakal anda nikmati melalui sistem kalkulator Agloco. Anda juga boleh mendaftar untuk menjadi ahli Agloco melalui blog ini.Untuk pengetahuan anda, Viewbar Agloco masih dalam versi Beta dan masih belum dapat dimuat-turun. Jadi... rebutlah peluang ini untuk mengembangkan rangkaian anda sebelum ia dilancarkan sepenuhnya dalam masa terdekat.

No comments: